Durian Damak kembali, peniaga senyum jual 400kg sehari

DURIAN KAMPUNG DAMAK

MARIAM menjual durian di gerainya di Kampung Damak, Jerantut semalam.

JERANTUT – Musim durian di negeri ini kembali apabila pelbagai jenis durian termasuk Durian Premium Kampung (DPK) dan musang king mula dijual di di sekitar Kampung Damak yang terkenal dengan kepelbagaian DPK.

Penjual durian, Mariam Mustapa, 30, berkata, walaupun berdepan cabaran cuaca tidak menentu, tetapi ada sebilangan pemilik kebun di Kampung Damak bertuah apabila ada pokok durian berbuah lebat.

“Durian masih belum luruh sepenuhnya dan dijangkakan awal bulan Januari ini kemung kinan rancak gugur dan sudah tentu ramai penggemar raja buah singgah di gerai kami.

“Sehingga hari ini buah durian yang saya jual, iaitu pelbagai jenis musang king Gred C dengan har ga berpatutan antara RM18 hing ga RM30 sekilogram, durian D24 (RM18RM20 sekilogram), DPK (RM10 sekilogram) dan du rian kahwin kampung (RM15 sekilo gram),” katanya di Kampung Damak dekat sini semalam.

Kata Mariam, dia bersama abangnya, Ahmad Mustapha, 46, berniaga durian premium dan musang king sejak dua minggu lalu yang diperoleh daripada pekebun di sekitar Kampung Damak dan Kampung Batu Balai.

“Pada peringkat awal ini, hasil jualan harian buah durian pre mium dan musang king ialah kira-kira 400 kilogram sehari dan kebanyakan pembeli terdiri daripada mereka yang tinggal di bandar Jerantut dan pengguna jalan raya Jalan Jerantut Benta berdekatan gerai ini.

“Sekiranya keadaan cuaca baik dan buah durian rancak gugur, kami jangkakan jualan lebih daripada 500 kilogram sehari seperti yang diperoleh ke tika musim durian awal tahun ini (2024),” katanya.

Mariam berkata, dia tidak dapat memasarkan durian popular dan terkenal Damak King pada masa ini kerana durian berkenaan tidak berbuah langsung di dusun kampung tersebut akibat cuaca tidak menentu berbanding pada musim lalu.

Dalam pada itu katanya, pembeli yang datang ke gerainya memilih DPK dan durian kahwin kampung kerana isinya juga berkualiti, enak di samping harganya murah berbanding dengan musang king dan D24.

Katanya, durian musang king juga dijangka memenuhi gerainya dan bersaing dengan DPK kerana kedua-dua raja buah itu mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. – https://amiminerals.org/