Duit raya pengurus bank dikebas scammer

GambarHIASAN24 temp scammer2 sephia 2 768x484 1

Gambar hiasan

JEMPOL – Hasrat seorang pengurus bank untuk membuat pinjaman sebanyak RM30,000 bagi persiapan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi lebur apabila bukan sahaja gagal memperoleh wang, malah kerugian RM28,112 akibat ditipu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 55 tahun itu pada mulanya ternampak iklan pinjaman wang di Facebook sebelum berurusan dengan seorang ejen melalui WhatsApp pada 12 Februari lalu.

Katanya, mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman dan diminta membayar RM460 sebagai caj proses dan perlu menunggu tiga hari.

“Pada 26 Februari lalu, mangsa telah membuat pembayaran secara atas talian ke akaun perbankan seorang wanita.

“Selepas itu, mangsa diminta membuat beberapa lagi pembayaran, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM28,112 sebelum curiga apabila diminta membayar lagi RM6,000,” katanya. – https://amiminerals.org/