Dua pencuri sport rim dicekup selepas aksi dirakam CCTV

WhatsApp Image 2025 04 16 at 22.39.27

Aksi curi dilakukan suspek yang berjaya dirakam CCTV.

SHAH ALAM – Dua pencuri sport rim berjaya ditahan semalam selepas aksi mereka berjaya dirakam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sini.

Penahanan kedua-dua suspek berusia 19 dan 21 tahun dilakukan kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan pengurus projek berusia 46 tahun kira-kira pukul 11.47 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati kecurian itu berlaku pukul 4.02 petang kelmarin di rumah mangsa di Alam Budiman.

“Suspek telah bertindak masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah dan mencuri empat buah sport rim kereta jenis Toyota lalu membawa masuk ke dalam sebuah kereta suspek.

“Mangsa yang menyedari sport rim itu hilang telah membuat semakan CCTV dan mendapati sekumpulan lelaki telah mencuri sportrim kereta tersebut. Kerugian yang dialami oleh mangsa sebanyak RM2,000,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, hasil penangkapan dua suspek tersebut turut merampas empat sportrim
termasuk sebuah kereta jenis Proton Wira milik suspek yang digunakan semasa kejadian.

Tambahnya, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak bekerja dan masing-masing mempunyai enam dan lapan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Dua suspek itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Rustam Eliah ditalian 019-6148034,”katanya. – https://amiminerals.org/