GUA MUSANG – Seorang lelaki dan anak perempuannya maur selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori seberat 10 tan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Sungai Lakit di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 pagi itu, pemandu MPV jenis Perodua Alza dan anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Razani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 4.06 pagi.
Katanya, tujuh anggota bersama dua buah jentera bergerak sebelum sampai di lokasi kemalangan kira-kira 45 minit kemudian.
“Nahas itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori 10 tan dan MPV Perodua Alza.
“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Razani berkata, mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan pada pukul 5 pagi dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan.
Katanya, seorang lagi mangsa didapati tercampak dari kenderaan itu dan meninggal dunia kira-kira pukul 5.38 pagi di lokasi kejadian. – https://amiminerals.org/