Dua beradik maut, MPV langgar lampu isyarat

WhatsApp Image 2025 01 08 at 17.14.11 e1736329073902

BAPA dua beradik, Armi Mustafa (kanan) menunggu jenazah anaknya yang maut dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh, Ipoh hari ini.

IPOH – Tindakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat menjadi punca kemalangan mengorbankan dua beradik di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.35 pagi itu, mangsa, Nur Amira Balqis Armi, 22, dan adiknya, Tsa Muhammad Armirul, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda Beat maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 11.15 pagi itu membabitkan motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kereta Toyota Vellfire dipandu wanita berusia 38 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu wanita itu dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke Ipoh Garden.

“Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, lampu berkenaan dikatakan berwarna hijau dan dia meneruskan perjalanan namun pada masa sama motosikal ditunggang dua beradik yang datang dari arah kanan itu melanggar bahagian tepi sebelah kanan MPV tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, dua beradik terbabit cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu MPV tidak cedera,”katanya di sini hari ini. – https://amiminerals.org/