Diganggu lelaki tunjuk kemaluan, Dewi Perssik ketatkan kawalan

DEWI PERSSIK

DEWI PERSSIK ketakutan apabila didatangi lelaki yang menunjukkan kemaluan di hadapan rumahnya.

KERAP berdepan gangguan menerusi laman sosial, penyanyi dangdut Dewi Perssik mendedahkan ada kejadian yang lebih menakutkan.

Penyanyi juga pelakon yang terkenal dengan imej seksi itu tidak menyangka gangguan dilalui turut terbawa-bawa hingga di rumahnya.

Menurut Dewi, insiden tersebut berlaku di hadapan kediamannya apabila seorang lelaki tidak dikenali memanggil namanya di luar pagar.

Dia yang kebetulan berada di rumah terkejut apabila individu berkenaan berkelakuan tidak senonoh apabila menunjukkan alat sulit kepadanya.

Selebriti berusia 38 tahun itu terus menghubungi polis dan hasil siasatan pelaku yang didapati kakitangan kerajaan sudah ditahan.

Enggan hidup dalam ketakutan, Dewi difahamkan sudah meningkatkan kawalan keselamatan sama ada ketika bekerja mahupun di rumah.