Di mana Noraqilah?

remaja hilang

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Noraqilah yang hilang sejak lima hari lalu.

LARUT – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja berusia 19 tahun yang sudah lima hari tidak pulang ke rumah selepas keluar ke tempat kerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 1 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, remaja itu, Noraqilah Muhammad Saharizan dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Medan, Selama dan sehingga kini gagal dihubungi.

Menurutnya, mangsa difahamkan berbuat demikian selepas perselisihan faham dengan ibunya.

“Sejak dari tarikh tersebut, dia tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh pihak keluarganya,”katanya di sini, hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang keberadaan Noraqilah diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat di talian 013-4281129 (Sub-Inspektor Mohd. Fazli Yusof) atau menghubungi IPD Selama di talian 05-8395999,”katanya. – https://amiminerals.org/