Dewan Rakyat: Menu Rahmah diteruskan di kawasan tertentu

lead rahmah scaled

MENU Rahmah membantu orang ramai menikmati makanan pada harga murah – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program Menu Rahmah, namun hanya difokuskan secara bersasar di kawasan tertentu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya akan membuat pemprofilan di kawasan bersesuaian seperti perumahan kos rendah dan golongan B40 serta berhampiran kilang.

“Kita komited supaya program Menu Rahmah diteruskan di kawasan berkenaan, mungkin tidak diperluaskan di seluruh negara tetapi masih wujud alternatif pelaksanaannya kepada golongan memerlukan.

“Kita melihat cabaran untuk melaksanakan Menu Rahmah ini, ia bersandarkan kepada elemen kesukarelawan kepada peniaga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian pada pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, program Menu Rahmah adalah program atau inisiatif KPDN yang diperkenalkan bersama rakan strategik yang terdiri daripada pengusaha kedai makan dan Persatuan Pengusaha Restoran Dan Gerai Makanan tahun lalu. – https://amiminerals.org/