Dewan Rakyat: 47 muka surat RCI Batu Puteh dipadam

WhatsApp Image 2024 10 14 at 11.46.35 AM

Tan Sri Johari Abdul – Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 47 muka surat yang dipadamkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, membabitkan kedaulatan negara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau menerima laporan itu terlebih dahulu dan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Oleh kerana kita ada Peraturan Mesyuarat 27 (3) Usul-Usul Menteri, dan saya juga tanya menteri benda-benda yang dihitamkan ini.

“Ia melibatkan kedaulatan, sensitiviti dan yang mungkin Yang Berhormat boleh bertanya dalam dewan tetapi tidak dicetak demi menjaga kemaslahan politik dan keselamatan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta penjelasan daripada Johari mengenai buku laporan setebal 217 muka surat itu dengan 47 muka surat dipadamkan.

Dewan Rakyat hari ini membahaskan usul mengenai laporan RCI bagi Mengkaji Pengendalian Perkara
Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Perbahasan itu antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.- https://amiminerals.org/