Dewan Rakyat: 39,829 permohonan kewarganegaraan diterima sejak 2019

Shamsul Anuar

Shamsul Anuar.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sebanyak 39,829 permohonan kewarganegaraan bagi tahun 2019 hingga 30 September 2024.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,018 permohonan merangkumi semua perkara kewarganegaraan telah diluluskan berdasarkan pengeluaran sijilnya.

Beliau berkata, KDN juga mengeluarkan sebanyak 17,452 keputusan kewarganegaraan sehingga 1 Oktober 2024, melebihi sasaran iaitu sebanyak 17,000.

“Sebanyak 6,878 permohonan kewarganegaraan telah diterima bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,286 permohonan berstatus dalam proses dan 957 lagi merangkumi semua perkara kewarganegaraan telah diluluskan mengikut pengeluaran sijilnya,”katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) mengenai jumlah permohonan untuk kewarganegaraan Malaysia yang tertunggak pada akhir tahun 2022 dan berapa jumlah kes-kes tersebut yang telah diproses dan jumlah yang diluluskan sehingga hari ini. – https://amiminerals.org/