PETALING JAYA – Dana Ihsan Madani menerima sumbangan sebanyak RM5 juta daripada Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir yang sedang giat dijalankan.
‘Setiap setiap organisasi memainkan peranan penting dalam membantu komuniti yang terjejas melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan,”katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap sumbangan itu meringankan beban ditanggung pihak yang terjejas akibat dilanda musibah banjir. – https://amiminerals.org/