PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal yang ‘mengamuk’ selepas terlanggar cermin sisi sebuah kenderaan hingga terjatuh mendapat kecaman ramai.
Menerusi video yang tular di X, penunggang motosikal itu dilihat membawa kenderaannya dengan laju hingga terlanggar cermin sisi sebuah kereta Perodua Kenari.
Akibat itu, penunggang motosikal terbabit terlanggar sebuah lagi kereta sebelum terbabas ke tepi jalan.
Penunggang tersebut kemudian dilihat bangun dan meluru ke arah Perodua Kenari dan bertindak menumbuk cermin di bahagian tempat duduk pemandu berkali-kali.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.
“Malu bila jatuh motor tanpa sebab tapi lagi malu tumbuk cermin berkali-kali tak pecah,” kata Opie.
“Dia yang buat salah dia cari masalah lagi,” kata Pemburu Ringgit.
“Nak elak dari kena ganti rugi kereta depan, buat-buatlah kereta belakang yang punca,” kata Rulfit. – https://amiminerals.org/