Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

cuaca 1024x682 1 1

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah hampir seluruh negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.20 pagi.

Keadaan sama turut berlaku sekitar negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.

Bagaimanapun, di Kelantan, beberapa bahagian dilaporkan alami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga 1 tengah hari.

“Antara kawasan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok,” lapor MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – https://amiminerals.org/