PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah dan baik hampir sekitar Semenanjung pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, cuaca cerah ini dijangka berterusan sepanjang hari sehingga petang.
“Bagi Sabah dan Sarawak juga dilaporkan cuaca cerah dan baik bagi semua bahagian pada pagi ini.
“Hujan lebat hanya di persisir pantai di bahagian Mukah, Sarawak serta persisir pantai Tawau, Sabah yang dijangka beransur reda dari tempoh satu atau dua jam dari sekarang,”katanya. – https://amiminerals.org/