PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca adalah baik pagi ini hampir di semua kawasan di semenanjung Malaysia.
MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, ketika ini cuaca berada dalam keadaan baik dan tiada hujan kecuali di sekitar Pulau Pinang, persisir pantai Kelantan dan Terengganu yang masih lagi mengalami hujan di beberapa tempat.
“Keadaan ini dijangka akan beransur pulih dalam sedikit masa lagi. Di Sabah dan Sarawak pula, hujan kini sedang berlaku di beberapa tempat melibatkan pedalaman Sabah termasuklah di sekitar persisir pantai bintulu dan juga Mukah
“Keadaan hujan yang sedang berlaku ini juga dijangka akan beransur pulih menjelang lewat pagi ini,”katanya hari ini.
Sementara itu, di sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan hampir kesemua negeri di Semennanjung Malaysia terutamanya di bahagian pedalaman dan pantai baraat semenanjung mengalami hujan.
“Angin masih lagi bertiup dari arah Timur Laut menuju ke Semenanjung Malaysia dengan kelajuan agak sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam
“Namun demikian kami menjangkakan kelajuan angin akan bertambah kencang dalam tempoh masa yang terdekat,”katanya.
Oleh itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang , laut bergelora peringkat pertama dan kedua di beberapa kawasan iaitu di Condore dan Reef North
“Keadaan ini akan berkuat kuasa bermula 2 hingga 4 April ini. Oleh demikian , keadaan ini amat berbahaya untuk ativiti menangkap ikan, bot-bot kecil dan perkapalan serta sukan laut.
“Sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan hampir kesemua negeri di Semennanjung Malaysia terutamanya di bahagian pedalaman dan pantai baraat semenanjung ,”katanya. – https://amiminerals.org/