Cincin \’love\’ dipakai mayat lelaki dalam bagasi

WhatsApp Image 2024 12 11 at 5.56.03 PM

Antara barangan yang ditemui pada tubuh mayat yang disumbat dalam beg bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn, Kajang, semalam

KAJANG – Polis tidak menolak kemungkinan mayat lelaki dalam bagasi yang dibuang di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn, di sini semalam merupakan warga asing.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, hasil bedah siasat tidak menemui kesan suntikan BCG pada tubuh mangsa.

“Selain itu, tiada kecederaan lain pada tubuh si mati kecuali patah di bahagian hidung.

“Punca kematian masih belum dikenal pasti dan kita masih menunggu keputusan analisis makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan anggota badannya sempurna.

“Si mati dipercayai lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dengan ketinggian 155 sentimeter dan berat 45 kilogram.

“Mangsa memakai dan seluar pendek bercorak ‘floral’ hijau dan cincin perak tertera tulisan ‘love’ di jari kanan,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta membuat pengecaman mayat di Hospital Serdang atau hubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900. – https://amiminerals.org/