Ceramah fizikal skala besar PN kurang dapat sambutan

WhatsApp Image 2025 04 20 at 08.01.11

Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) PRK N.48 Ayer Kuning di Kampung Tanjung Rahmat, Tapah semalam. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Ceramah politik secara fizikal berskala besar Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning setakat ini gagal menarik kehadiran ribuan penyokong berbanding sebelum ini.

Ceramah Mega PN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat di sini malam semalam secara purata dihadiri kurang 300 penyokong gabungan parti itu walaupun yang hadir menyampaikan ceramah ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, yang berucap ialah Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tinjuan mendapati, sebahagian besar penyokong PN dari luar kawasan Tapah iaitu dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Kelantan yang berkampung di Ayer Kuning sejak seminggu lalu bagi membantu berkempen.

Setakat ini, pendekatan bertemu pengundi secara langsung di rumah yang dipraktikkan ketiga-tiga parti bertanding dilihat lebih berkesan untuk mempengaruhi pengundi selain media sosial terutamanya TikTok.

Dalam pada itu, calon PN, Abd. Muhaimin Malek dalam ucapan ringkasnya meminta supaya pengundi memberikan peluang kepadanya untuk berbakti kepada seluruh rakyat Ayer Kuning tanpa mengira kaum sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.-https://amiminerals.org/