Bungkus ekstasi jadi hadiah Krismas

WhatsApp Image 2025 03 03 at 11.32.29 AM e1740979237869

Pil ekstasi yang dibungkus menggunakan hadiah Krismas dirampas, yang diseludup menggunakan perkhidmatan kurier.

KUCHING – Cubaan satu sindiket untuk mengedar pil ekstasi bernilai hampir RM300,000 dengan membungkusnya seakan hadiah Krismas ke negeri ini terbongkar apabila dihidu anjing pengesan kastam di sebuah syarikat kurier di sini baru-baru ini.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata, serbuan pada pukul 11.30 pagi pada 15 Januari lalu itu berjaya merampas 1.78 kilogram pil ekstasi bernilai RM297,260.

Katanya, bungkusan itu berada di bahagian tidak dituntut di syarikat kurier tersebut.

“Modus operandi adalah dengan menyeludup dadah menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat yang tidak wujud dan membiarkan barangan bagi tempoh yang agak lama di syarikat kurier bagi tujuan mengelirukan serta mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norizan menambah dadah itu telah dirampas di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – https://amiminerals.org/