BALING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai bersama beberapa rakannya di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.16 petang tadi.
“Mangsa, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin yang beralamat di Felda Teloi Kanan dipercayai mandi bersama beberapa rakannya di sungai berkenaan sebelum dia dilaporkan tenggelam dan hilang.
“Pencarian ditangguhkan pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung esok dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air BBP Sungai Petani dan Jitra selain Unit Anjing Pengesan K-9 polis serta bomba,”katanya di sini, hari ini. – https://amiminerals.org/