JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa liwat seorang pemuda dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Perindustrian Tampoi Jaya, di sini.
Rahsia perbuatan terkutuk pemuda berusia 23 tahun itu terbongkar selepas ibu kepada mangsa tampil membuat laporan polis sebelum suspek ditahan pada pukul 3.20 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan anak kepada pengasuh mangsa yang telah dijaga sejak dua tahun lalu.
“Suspek dipercayai dan telah melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali sekitar bulan Oktober lalu,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah, manakala perintah reman terhadap suspek akan diperolehi hari ini,”jelasnya.-https://amiminerals.org/