Budak 11 tahun maut, 8 cedera nahas empat kenderaan

WhatsApp Image 2024 11 01 at 16.23.37

Keadaan Perodua Aruz yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan empat kenderaan di Jalan Panchur Juin berhampiran Padang Kemunting, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama keluarga terbabit dalam nahas melibatkan tiga kenderaan lain berhampiran Padang Kemunting di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu mengorbankan mangsa, Syed Iman Thaqif Syed Ahmad Rasullan, 11. Kanak-kanak itu meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, SUV jenis Perodua Aruz dan Honda Jazz dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Bukit Payung, Marang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipandu wanita berusia 27 tahun yang dalam perjalanan ke Besut dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori.

“Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berat tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pula Perodua Aruz dinaiki mangsa. Lori itu turut merempuh Honda Jazz yang dinaiki lima sekeluarga,”katanya hari ini.

Impak rempuhan itu menyebabkan Syed Iman Thaqif yang berada di tempat duduk belakang maut, manakala enam ahli keluarganya yang lain cedera.- https://amiminerals.org/