Bring it on Teresa Kok, kita jumpa di mahkamah – Dr. Muhamad Akmal

WhatsApp Image 2024 09 10 at 9.21.50 PM

Teresa Kok (kiri), Muhamad Akmal

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan tidak gentar dengan kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok mahu menyaman beliau.

Menurut Dr. Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

“Dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia nak bawa saya (ke mahkamah), mempertimbangkan nak saman saya di mahkamah.

“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok…’bring it on. I’m not afraid. No fear, no surrender’ (Bawa ke mari. Saya tidak takut. Tidak takut, tidak menyerah) Kita jumpa di mahkamah,”katanya dalam satu hantaran video di media sosial hari ini.

Terdahulu, Teresa Kok hari ini menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO.

Ia berikutan kenyataan Dr. Muhamad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.

Kemelut antara mereka timbul selepas Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Menerusi satu hantaran video di Tik Tok, Dr. Muhammad Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

Beliau turut meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin DAP itu. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *