Bomba naik bot, guna air sungai padam rumah panjang terbakar

WhatsApp Image 2025 01 15 at 5.55.46 PM

Keadaan rumah panjang yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

KANOWIT – Seramai 88 penduduk Rh. Paulus Yan Sungai Bawan, Jalan Nibong Tada di sini tinggal sehelai sepinggang selepas 15 pintu rumah panjang ranap dijilat api kira-kira pukul 12.14 tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan BBP Sungai Merah digerakkan ke lokasi yang terletak 46 kilometer dari balai dengan menggunakan bot.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan rumah panjang 15 pintu yang musnah 100 peratus. Kesemua 88 penghuni selamat dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air dari sungai berdekatan. – https://amiminerals.org/