IPOH – Tindakan seorang lelaki berusia 37 tahun ‘menyarungkan’ cincin pada kemaluannya mengundang padah apabila aksesori tersebut tidak dapat ditanggalkan sehingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima pihak bomba pukul 9.14 pagi tadi.
“Anggota menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin yang tersangkut. Operasi hampir sejam dijalankan secara berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan. Mangsa diserahkan kepada pihak hospital selepas cincin itu ditanggalkan,”katanya di sini hari ini. – https://amiminerals.org/