\’Bila nak kahwin, mak pesan jangan cari menantu macam Shuk\’

WhatsApp Image 2025 03 04 at 12.36.53

Shuk enggan menjaja kisah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh.

PETALING JAYA – Ketika namanya menjadi bahan buah mulut ramai, pelakon dan pelawak Shuk Sahar menegaskan tidak akan sesekali menjaja isu rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dalam media sosial.

Pun begitu, Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, tetap mengharapkan doa daripada orang ramai agar isu rumah tangganya berakhir dengan baik.

“Doakan yang baik-baik. Walaupun kalian dengar cerita yang bukan-bukan, saya tetap harapkan perkara yang baik berlaku buat saya dan Fara.

“Harap kalian juga dapat doakan Fara dan anak dalam kandungan baik-baik sahaja.

“Saya tak mahu bercerita hal peribadi dalam media sosial sebab nak betul-betul fokus dengan bisnes sepanjang bulan Ramadan ini,”katanya dalam siaran langsung TikTok semalam.

Shuk berkata demikian apabila diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai cerita rumah tangganya dalan ruangan komen siaran langsung tersebut.

Selain enggan membuka cerita perihal rumah tangga, dia juga tidak mahu memburuk-burukkan nama pasangan kepada orang ramai.

“Saya tak akan burukkan pasangan sebab pernah hidup bersama dengan individu itu sebelum ini.

“Jadi, kalau kita burukkan orang lain, satu hari nanti orang lain akan lakukan perkara sama pada kita pula.

“Semua cerita peribadi itu akan saya uruskan sendiri. Saya memang tak suka kongsi hal peribadi sejak dulu lagi,”ujarnya.

Dalam masa sama, Shuk sempat berseloroh dia antara selebriti lelaki membawa contoh buruk dan tidak sepatutnya dijadikan sebagai suami.

“Aku ini dah di tahap lelaki yang dilabel sebagai ‘redflag’.

“Aku akan dijadikan contoh, bila nak kahwin, mak-mak akan cakap jangan cari menantu macam Shuk,”katanya.

Terdahulu, Fara dalam satu laporan berita mendedahkan sudah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

Dia sebelum ini meluahkan rasa berang terhadap Shuk yang didakwa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun. – https://amiminerals.org/