“Berhibur di Golok? Ya, ia sisi gelap Kelantan” – Nik Abduh

WhatsApp Image 2021 11 20 at 22.26.38 e1672646037378

Nik Mohamad Abduh.

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui trend anak muda Kelantan berhibur di Golok, Thailand benar-benar berlaku dan merupakan sisi gelap negeri itu.

Namun, bekas Ahli Parlimen Bachok itu berkata, perkara tersebut berlaku kerana syaitan kekal berpengikut.

“Berhibur di Golok? Ya, ia sisi gelap Kelantan. Saya dengar sejak kecil lagi dan ia tidak akan berakhir.

“Syaitan kekal berpengikut,”tulis beliau dalam satu hantaran terbaharu di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan ramai anak muda dari negeri itu termasuk perempuan berkunjung ke Golok, Selatan Thailand pada hari minggu semata-mata untuk berhibur di kelab malam negara jiran berkenaan.

Katanya, kebanyakan mereka yang berkunjung ke negara jiran itu akan menggunakan laluan haram dengan ada dalam kalangan mereka baru berusia belasan tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan, enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, Jumaat minggu lalu.

Mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun ditahan pada pukul 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur. – https://amiminerals.org/