Bercinta dengan isteri orang, tapi suaminya banduan

bercinta

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pendedahan seorang lelaki bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga isteri kepada banduan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Bercerita menerusi platform NGL kepada akaun @Zuhrah, lelaki itu meluahkan perasaan dilema yang dihadapinya berkaitan hala tuju hubungan bersama wanita yang dikenalinya selama lapan bulan itu.

“Pada mulanya, saya menjauhkan diri ketika mengetahui dia bini orang tetapi selepas dua minggu dia approach (dekati) saya semula.

“Selepas sebulan bercakap melalui WhatsApp, kami ambil keputusan untuk berjumpa dan dari situ baru saya tahu tentang background (latar belakang) dia.

“Suami dia ke dalam (penjara) sebab kes kantoi berhubungan dengan gadis bawah bawah umur,” katanya menerusi platform tersebut.

Menurutnya, wanita berkenaan merupakan isteri ketiga lelaki itu.

WhatsApp Image 2025 06 04 at 6.29.06 PM
Tangkap layar menunjukkan antara luahan seorang lelaki di platform NGL mengenai hubungan bersama isteri seorang banduan.

“Suami wanita itu telah tiga kali berkahwin, dan wanita berkenaan adalah isteri ketiga. Kini, suaminya ada dekat dalam selama lima tahun tapi sudah dikurangkan kepada empat tahun dan sekarang tahun kedua,” tambahnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta agar lelaki berkenaan berhati-hati dengan wanita berkenaan kerana berkemungkinan ia adalah satu penipuan.

“Kalau kau adik aku, aku akan nasihatkan kau untuk berhati-hati sebab boleh jadi cerita itu betul, atau kau akan akhirnya kecewa,” kata @Kindled.

“Kemungkinan kau ditakdirkan untuk selamatkan wanita itu daripada suaminya. Tapi, walaupun suami dia macam itu, jangan pilih jalan salah sebab kita ada dosa paha kita sendiri. Jangan tangguh dan terus bergerak,” komen @Homey. -https://amiminerals.org/