Belanjawan 2025: Banyak inisiatif bantu B40

Ramanan bersama penduduk pada Program JMKU di PPR Kota Damansara Parlimen Sungai Buloh.

Ramanan bersama penduduk pada Program JMKU di PPR Kota Damansara, Parlimen Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Belanjawan 2025 membuktikan banyak inisiatif yang telah dirancang untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia khususnya kumpulan B40.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, Kerajaaan Madani prihatin dan komited untuk mengurangkan beban dalam menangani kos sara hidup untuk semua kaum.

Menurutnya, selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025, kerajaan sentiasa peka dan komited merangsangkan ekonomi demi meningkatkan taraf hidup dan menoktahkan kemiskinan rakyat di negara ini.

“Sebab itu, belanjawan tahun ini dengan suntikan RM421 bilion adalah belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia dan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu dan memperkasakan ekonomi rakyat.

“Pelbagai inisiatif baharu dalam Belanjawan 2025 telah memberikan sinar harapan baharu kepada rakyat dan pelabur.

“Mereka percaya Malaysia kini berada di landasan yang betul ke arah kemajuan untuk mencapai visi The Asian Economy Power House diilhamkam oleh Perdana Menteri kita,”katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Rusli Jaafar menyempurnakan Program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) di PPR Kota Damansara, di bawah kawasan Parlimen Sungai Buloh.

“Terima kasih kepada SKM atas kerjasama erat bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh berjaya melaksanakan JMKU ini dengan ‘short notice’ untuk manfaat penduduk setempat.

“Saya telah mengumumkan jualan ini dengan harga diskaun termurah iaitu sehingga 50 peratus diskaun dan JMKU di Sungai Buloh adalah termurah di seluruh Malaysia,”katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *