PETALING JAYA – Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa disaman pihak berkuasa tempatan (PBT) meskipun telah membayar caj parkir.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna yang dikenali sebagai @umthisisnotit mendakwa, kejadian tersebut berlaku semalam di sebuah kawasan di sebuah negeri.
Jelas individu berkenaan, dia telah membayar parkir berkenaan sehingga pukul 4:12 petang, tetapi malangnya telah disaman PBT pada pukul 4.11 petang.
“Aku punya parkir sampai 4.12 petang, dia pergi saman pukul 4.11. Tapi bila aku nak bayar parkir untuk dua jam, dia (PBT) kata tak boleh sebab lebih dari pukul 5 petang,”luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama menjadi ‘mangsa’ PBT di kawasan masing-masing.
“Saya pulak pernah kena saman on public holidayy (hari cuti umum). Padahal dalam website (laman sesawang) pun terang-terang bagitau cuti umum tak perlu bayar parking.
“Bila telefon pihak perbandaran mereka kata boleh saman bila-bila masa,”dakwa @dreamyumi.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Ebelle85.
“Saya pernah kena, tengah nak bayar parkir tiba-tiba dapat saman. Padahal dia nampak saya baru parkir. Pegawai tu cakap kira tak bayar parkirlah, saya cakap baru parkir dan tengah bayar dah kena saman,”katanya. – https://amiminerals.org/