Bas tanpa pemandu diuji pada akhir tahun ini

WhatsApp Image 2024 09 09 at 4.39.45 PM

Gobind bersama Anthony Loke bergambar bersama Bas Elektrik Autonomi Dipertingkatkan dengan 5G, pada majlis pandu uji di Futurise Centre Cyberjaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

CYBERJAYA – Penyedia rangkaian 5G negara, Digital Nasional Berhad (DNB) bersama eMooVit Technology Sdn. Bhd. dan Ericsson dalam perancangan melaksanakan pengujian perkhidmatan bas elektrik tanpa pemandu (autonomi) di Putrajaya, menjelang akhir tahun ini.

Ujian pembuktian konsep (POC) itu antaranya melibatkan penggunaan jaringan 5G seperti sambungan wifi awam 5G dalam kenderaan, pemantauan kenderaan jarak jauh secara masa nyata dan pengumpulan log perjalanan.

Setakat ini, ujian POC bas tanpa pemandu berkenaan telah dijalankan di beberapa kawasan yang dibenarkan di sekitar Cyberjaya.

Terdahulu, sesi demonstrasi berkenaan turut disertai oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Gobind, proses pengujian bas tanpa pemandu dengan dilengkapi teknologi 5G itu telah berlangsung sejak Januari lalu dengan jumlah log perjalanan kini mencapai kira-kira 1,000 jam.

“Ianya menggunakan teknologi 5G yang bermaksud bas itu berkeupayaan untuk bergerak dengan sendiri tanpa adanya pemandu, tetapi untuk sesi pengujian kita akan ada safety driver€™ yang duduk di dalam bas tersebut untuk memastikan pergerakan bas itu lancar.

“Dalam masa sama, kita turut kumpulkan data trafik di kawasan ini dan bagaimana bas tersebut (dapat) bertindak balas dengan (pergerakan) trafik dan juga keadaan-keadaan sekeliling semasa ia nya bergerak,”katanya menerusi sidang akhbar selepas menyertai sesi demonstrasi pengujian bas tanpa pemandu di sini hari ini. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *