Baru 1 Januari, ramai mula kira bajet sekolah anak, persiapan raya

Gambar hiasan

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ibu bapa dilihat mula merancang perbelanjaan keluarga bagi tahun 2025 meskipun hari ini baru sahaja memasuki tanggal 1 Januari.

Tinjauan Kosmo! di Facebook dan aplikasi X mendapati, terdapat ibu bapa yang telah menyediakan tabung khas khusus buat perbelanjaan persekolahan serta persiapan raya tahun ini.

Sementara itu, ramai yang meramalkan status kewangan mereka bagi tiga bulan pertama ini akan sedikit ‘keras’ dengan pertindihan beberapa tarikh penting dalam tempoh singkat.

“Februari penggal persekolahan 2025 mula, masa cuti sekolah nak bawa anak bercuti. Bulan Mac puasa dan raya, nampaknya banyak pakai duit. Moga cukup rezeki kami dan anak-anak,” kata Aziraa NL.

“Setiap bulan ada benda penting, belanja besar. Nak buka sekolah, puasa, raya, gaji tiga bulan pertama 2025 habis belanja sahaja,” kata Norasyikin.

“Sehari simpan RM10, setiap bulan ada dalam RM300, sebelum raya adalam hampir RM1,000, lepas la untuk beli baju raya kami empat beranak,” kata Mohd. Kohdi.

“Insya-Allah mula bulan April, boleh tarik nafas semula ibu bapa. Keras sikit untuk Januari hingga Mac 2025,” kata Yazid. – https://amiminerals.org/