\’Banjir tahun lepas, saya rugi RM100,000\’

Banjir tahun lepas saya rugi RM100000

Nik Muhamad Saifullah menunjukkan tembikai yang dituai di ladangnya di Rhu Tapai, Setiu semalam.

SETIU – Seorang pengusaha tembikai menuai hasil tanamannya sebelum berlaku banjir berikutan ketibaan Monsun Timur Laut (MTL) pada Selasa lalu. Nik Muhamad Saifullah Nik Ismail, 31, berkata, dia mengambil ikhtibar pengalaman perit kerugian lebih RM100,000 setelah ladang tembikainya ditenggelami banjir, dua tahun lalu. “Pengalaman ladang seluas 8.9 hektar ditenggelami banjir tanpa sempat menuai hasilnya membuatkan saya mengalami kerugian besar. “Modal yang saya laburkan lebur begitu sahaja. Ini memaksa saya mengeluarkan wang simpanan bagi ­melakukan penanaman semula tembikai,” katanya ketika ditemui…

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

Langgan Kandungan KOSMO 1

langganan