BALING – Sekurang-kurangnya 10 kampung di daerah Baling dan Sik, dekat sini dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak petang tadi.
Operasi memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan rumah masing-masing dijalankan Angkatan Pertahanan Awam (APM) malam ini.
Di Baling, antara kawasan terjejas adalah Kampung Tanjung Langsat, Kampung Bukit Sebelah dan Masjid Batu 8.
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Bayu dibuka bagi menempatkan mangsa terlibat.
Sementara di Sik, kawasan dinaiki air adalah Kampung Jerai, Kampung Bendang Temingat, Kampung Lubuk Tualang, Kampung Lalang, Kampung Banggol Kiat dan Kampung Sadu. – https://amiminerals.org/