PONTIAN – Hujan lebat kira-kira dua jam menyebabkan 13 buah rumah di Kampung Batu 25, Pekan Nanas di sini ditenggelami air melebihi satu meter akibat banjir kilat.
Bagaimanapun tiada sebarang Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana air mulai surut selepas, namun penduduk terpaksa membersihkan rumah mereka dari air lumpur dan kekotoran lain.
Seorang warga emas, Mohd. Reduan Deraman, 70, berkata, keseluruhan rumah yang didiami sejak 25 tahun dimasuki air yang deras semasa hujan lebat turun pada pukul 2 petang tadi.
“Ini adalah kali kedua kejadian banjir kilat yang berlaku di kampung kami ini, tidak tahu punca berlakunya, samada oleh sistem perparitan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di sini, petang hari ini.
Seorang lagi mangsa banjir, Isnaini Moin, 48, berkata, buku-buku lima orang anaknya bersekolah telah rosak kerana ditenggelami air banjir yang datang secara tiba-tiba tengahari tadi.
Sementara itu, di Batu Pahat pula mangsa yang masih berlindung di PPS kekal 17 orang terdiri daripada tiga keluarga susulan rumah mereka masih ditenggelami banjir termenung.-https://amiminerals.org/