Banduan mati selepas hukuman sebatan disebabkan jangkitan kuman

penjara tahanan

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kes kematian banduan di Penjara Pokok Sena, Kedah selepas hukuman sebatan adalah disebabkan jangkitan kuman dalam darah.

Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam kenyataan berkata, perkara itu disahkan menerusi bedah siasat awal.

Menurut JPM, banduan tersebut telah telah mengadu tidak sihat pada hari kesembilan selepas hukuman sebat dijalankan pada 25 September lalu.

“Susulan aduan sakit oleh banduan, pihak penjara terus melakukan pemeriksaan lanjut terhadap banduan melalui rawatan rapi oleh Pegawai Perubatan.

“Banduan telah dibawa Hospital Sultanah Bahiyah pada 7 Oktober untuk rawatan lanjut namun banduan tersebut telah disahkan meninggal dunia,”katanya hari ini.

Dalam pada itu, JPM menegaskan bahawa hukuman yang dilaksanakan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan banduan juga disahkan sihat dan cergas selepas pemeriksaan ketat oleh pegawai perubatan penjara.

“Selepas menjalani hukuman, banduan itu juga telah dirawat dengan rapi termasuk rawatan luka (dressing) setiap hari dan dipantau kesihatan dari semasa ke semasa,”ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, JPM telah memulakan siasatan dalaman bagi menyemak semula perlaksanaan hukuman dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

“Sehingga kini tiada pelanggaran SOP dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, JOM akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab,”jelasnya.

Terdahulu, Suhakam mengesahkan menerima laporan berhubung kematian seorang banduan yang didakwa berlaku selepas menjalani hukuman sebatan.

Difahamkan, banduan berkenaan dikenakan penjara selama 33 tahun berserta 12 sebatan selepas pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia dan hukumannya disemak semula pada 10 September lalu. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *