Bahagian Udara JBPM wajibkan juruterbang laksana 12 jam penerbangan sebulan

d7a396f2 09a2 4a07 a8af 0115420f6a1d

Nor Hisham memakaikan Tanda Pangkat KB 44 kepada Abdul Halim Zulkefeli pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Ogos 2024 di Ibu Pejabat JBPM, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mewajibkan setiap juruterbang mereka untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 12 jam penerbangan sebulan, berbanding lima jam sebelum ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, Arahan Pematuhan Jam Penerbangan Bulanan bagi Juruterbang itu bertujuan memastikan aspek upaya dan siaga setiap juruterbang sentiasa di tahap yang tinggi sekali gus mencapai objektif peningkatan nilai dari sudut kecekapan dan keselamatan dalam penerbangan.

Menurut beliau, arahan yang berkuatkuasa sejak 11 Jun lalu itu mencerminkan usaha berterusan JBPM dalam memastikan tidak berlaku sebarang insiden sekali gus mengelak kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan pesawat.

“Lanjutan daripada penemuan laporan insiden (helikopter) AW189, kita dapati terdapat keperluan untuk meningkatkan jumlah jam penerbangan kepada juruterbang.

“Kita syaratkan sebelum ini paling tidak mereka (perlu) terbang lima jam sebulan, tetapi kita merasakan dan berpandangan bahawa ia perlu dipertingkat kepada 12 jam sebulan untuk jam penerbangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos Tahun 2024 di sini hari ini. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *