PETALING JAYA – Mandi setiap hari bukan hanya sekadar menjaga kebersihan malah penting bagi keselesaan diri dan orang sekeliling.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, di negara tropika seperti Malaysia, cuaca yang panas dan lembap menjadikan mandi pagi bukan sekadar kebiasaan, tapi satu keperluan.
Katanya, sekiranya seseorang individu iti tidak mengamalkan mandi setiap kali bangun pagi, badan boleh menjadi cepat berpeluh dan berbau.
“Kalau tak mandi, peluh yang terkumpul semalaman boleh menyebabkan bau badan kurang menyenangkan.
“Selain itu, kulit berasa berminyak dan tidak segar kerana minyak semula jadi yang dikeluarkan oleh kulit akan terkumpul sepanjang malam. Bila tak mandi pagi, kulit rasa melekit, tak selesa,” katanya.
Selain itu, tidak mandi pagi juga boleh menyebabkan mengantuk dan kurang fokus.
“Mandi pagi membantu melancarkan peredaran darah, buat badan dan otak lebih segar. Kalau tidak mandi, otak boleh rasa ‘slow’, mengantuk, dan kurang bertenaga.
“Tidak mandi pagi juga boleh menyebabkan risiko jangkitan kulit meningkat kerana bakteria dan kulat suka tempat lembap dan berpeluh,” katanya.
Katanya, apabila tidak mandi pagi, peluh yang terkumpul boleh menyebabkan iritasi kulit, ruam, atau jangkitan seperti kurap dan panau.
“Tidak mandi pagi boleh buat kita rasa kurang selesa, terutama bila berhadapan dengan orang lain.
“Rasa tak segar dan badan melekit boleh menjejaskan mood dan keyakinan diri sepanjang hari,” katanya. – https://amiminerals.org/