Ayda puji Hun tak tinggal solat, pandai kopekkan udang

WhatsApp Image 2025 06 03 at 11.41.00

Ayda (kanan) memuji keperibadian Hun Haqeem sebagai seorang Muslim yang tidak culas mendirikan solat walaupun sibuk dengan hal duniawi.

PETALING JAYA – Sikap pelakon Hun Haqeem yang tidak culas menunaikan solat meskipun sibuk di lokasi penggambaran dilambung pujian selepas momen itu dirakam dan dikongsi penyanyi, Ayda Jebat.

Menerusi satu hantaran dalam Instagram Story, Ayda atau nama sebenar­nya Nur Suhada Jebat, 33, meluahkan rasa kagum terhadap disiplin dan keperibadian Hun sebagai seorang Muslim yang menjaga ibadah walau dalam kesibukan kerja.

“Siapa berminat, boleh terus mesej langsung (DM) Hun Haqeem.

“Baik, solat tak tinggal. Kadang-kadang kelakar, pandai kopekkan udang dan ikan.

“Single katanya,” tulis Ayda berseloroh dalam kapsyen disertakan foto Hun sedang mendirikan solat.

WhatsApp Image 2025 06 03 at 11.41.49
Tangkap layar dikongsikan Ayda Jebat dalam Instagram miliknya yang memuji keperibadian Hun Haqeem.

Ayda yang pernah bergandingan dengan Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 27, dalam beberapa projek sebelum ini turut memuji sikap pelakon muda itu sebagai seorang lelaki berperwatakan sopan, mudah mesra dan disenangi ramai.

Sikap Hun yang rajin menjaga ibadah turut mendapat perhatian netizen selepas foto tersebut dikongsi semula oleh peminat dalam TikTok.

Rata-rata memuji ketampanan pelakon Kampung People itu yang dikatakan seimbang antara rupa dan akhlak.

“Kacak luar, kacak dalam, untung siapa yang dapat Hun sebagai suami,” komen netizen.

“Jarang tengok lelaki muda jaga solat masa kerja. Ada tapi tak ramai, memang salute,” komen seorang pengguna media sosial.

“Dia ni dah cukup pakej. Kalau masih single, rugi siapa tak cuba,” tulis seorang lagi peminat.

Ada juga yang mendoakan agar Hun terus kekal istiqamah dalam menjaga amal ibadah meskipun semakin popular dalam industri hiburan tanah air. – https://amiminerals.org/