Ayam gunting ‘hilang’ isi, hanya tinggal tepung

2fb059fb f753 4ecd 9195 97c3227a461a

Bahagian dalam ayam gunting yang hanya mempunyai sedikit daging, selebihnya dipenuhi lapisan tepung tebal.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila ditipu selepas membeli ayam gunting yang disangkakan mempunyai isi ayam, namun rupa-rupanya hanya berisi tepung goreng semata-mata.

Menurut perkongsian di TikTok oleh @Nikamir, dia berkongsi klip video yang menunjukkan bahagian dalam ayam gunting yang dibelinya hanya mempunyai sedikit sahaja isi ayam, selebihnya dipenuhi lapisan tepung tebal.

“Kena scam awal-awal pagi, yang besar itu roti pastu dia salut tepung kat luar,” kata pemilik akaun itu di ruangan komen.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan insiden tersebut.

“Berapa ringgit tu saya kerja kantin pun RM2 seketul besar,” kata @Piyachak.

“Cerita dia sekarang macam mana tepung itu lagi besar dari isi ayam,” kata @Sayalahjie.

“Tepung goreng tu sahaja sebenarnya, ayam tu ‘bonus’ sebab penjual dia baik hati ada ayam sedikit,” kata @Atsyahhh. – https://amiminerals.org/.