Asnaf teruja tauke motor belanja beli juadah di bazar

belanja bazar

Penerima bantuan berbelanja di Bazar Ramadan Bandar Perda, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 20 individu yang terdiri daripada penduduk setempat teruja apabila berpeluang berbelanja di Bazar Ramadan Bandar Perda di Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Pengarah Urusan KB Soon Huat Motor Sdn. Bhd., William Khoo Chin Wei berkata, individu layak telah dipilih menerusi kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah bagi menjayakan bantuan yang memasuki tahun kelapan itu.

“Sebelum ini, pelbagai aktiviti antaranya pemberian duit raya, sumbangan bakul makanan selain asnaf turut dibawa berbuka puasa di hotel, namun kali ini kami sediakan duit belanja di bazar dan duit raya buat mereka.

“Saya dapati kebanyakan asnaf lebih selesa menikmati juadah bersama keluarga di rumah, maka kita beri kebebasan untuk mereka beli apa yang diingini,” katanya yang juga merupakan penerima Anugerah Qudwatur Rasul (Saudara Kita) pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023. -https://amiminerals.org/