\’Arwah ayah nak edar kad jemputan lepas balik dari kebun\’

SERANGAN GAJAH GAJAH 2

Siti Dayang Suhana (kanan) dan ibunya, Fatimah Ibrahim, 55, menunjukkan gambar kenangan bapanya, Musa bersama Hussin yang bernikah pada bulan lalu.

HULU TERENGGANU – Mangsa serangan gajah, Musa Ahmad, 65, merancang untuk mengadakan majlis menyambut menantu untuk anak kelimanya kira-kira dua minggu lagi.

Anak keempat mangsa, Siti Dayang Suhana, 31, berkata, majlis untuk adiknya, Hussin, 29, yang melangsungkan pernikahan pada 7 September lalu dijadualkan pada 19 Oktober depan.

“Arwah ayah (Musa) bersemangat untuk mengedarkan kad jemputan kepada jiran-jiran dan saudara mara.

“Dia sempat mengedar dua keping kad dan bercadang untuk menyelesaikan bakinya selepas pulang dari kebun kelmarin (Jumaat). Malangnya ayah menjadi mangsa serangan gajah,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Basung di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki yang tidak pulang semalaman ditemui maut akibat dipijak gajah sewaktu berada di kebunnya.

Bercerita lanjut, Siti Dayang Suhana memberitahu, arwah bapanya agak tergesa-gesa untuk ke kebun dengan berjalan kaki pada hari kejadian.

“Arwah ayah terus keluar rumah tanpa sempat pesan apa-apa kepada kami. Dia juga tidak menjamah nasi goreng kegemaran yang menjadi kelazimannya sebelum keluar rumah sebelum ini,”katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *