Anwar tinjau persiapan Belanjawan Madani Ketiga

WhatsApp Image 2024 09 25 at 21.51.56 5bf3f07b

Anwar bersama warga MOF selepas meninjau persiapan Belanjawan Madani Ketiga hari ini. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau persiapan Belanjawan Madani Ketiga yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Anwar menerusi hantaran Facebook memaklumkan, pada masa ini warga Kementerian Kewangan (MOF) sedang menyiapkan persiapan untuk belanjawan tersebut.

“Tatkala warga MOF sedang giat menyiapkan Belanjawan Madani Ketiga, saya mengambil kesempatan ini untuk meninjau persiapan selain memberi pandangan saya.

“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi Madani yang gah lagi saksama,”katanya hari ini.

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerajaan yang bertungkus-lumus menyiapkan belanjawan yang terangkum untuk meningkatkan darjat rakyat dan pembangunan negara. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *