Anwar seru rakyat imbang waktu bekerja, bersenam

WhatsApp Image 2024 09 11 at 23.44.30

Anwar beriadah di kawasan perumahannya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia supaya berusaha mengimbangi waktu kerja dan masa beraktiviti riadah serta bersenam.

Beliau dalam satu hantaran berkata, langkah itu supaya rakyat negara ini lebih sihat dan sejahtera.

“Sempena bulan Malaysia Sihat, ayuh bersama tingkatkan kesedaran kesihatan dan mesti cakna mengenai kesihatan.

“Terutama keburukan pengambilan gula secara berlebihan, termasuk makanan yang diproses dan yang mempunyai kandungan gula tambahan yang berlebihan,” katanya di sini tadi.

Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi beberapa gambar ketika beliau bersenam di sekitar kawasan perumahannya.

Baru-baru ini, Anwar memaklumkan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi.

Justeru itu, Anwar turut menasihatkan golongan peniaga supaya memainkan peranan aktif, dalam menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dengan mengambil kira kesihatan pelanggan apabila menyediakan makanan dan minuman.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *