Anwar mahu siasatan dan laporan segera kes syarikat terkemuka

WhatsApp Image 2024 09 13 at 15.10.25 a1df9815

Anwar bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kg Desa Putra di Sungai Merab, Kajang, Selangor hari ini.

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan dan laporan segera dibuat berhubung kes membabitkan sebuah syarikat terkemuka.

Anwar berkata, perkara itu penting dan besar kerana membabitkan soal penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan nama agama dan penderaan kanak-kanak.

Kata beliau, kes itu juga perkara yang serius bagi umat Islam dan ramai bertanya mengapa terdapat kelewatan atau kelengahan dalam mengambil tindakan.

“Syarikat terkemuka itu biar polis buat siasatan dan tindakan ikut proses undang-undang dan pihak majlis agama terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan.

“Jadi ada saluran dan jangan lengahkan…kalau benar. Biar kaji perkara sebenar (kerana ini) soal akidah umat. Saya telah bawa kepada badan-badan ini (polis dan Jakim) supaya ambil tindakan segera, siasatan dan laporan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kg Desa Putra di Sungai Merab, dekat sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global.

Sebelum itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap syarikat tersebut yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik sebagai berkata, ia susulan empat laporan yang diterima pihaknya di sekitar Selangor. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *