Anwar ke Singapura lawatan kerja sehari

WhatsApp Image 2025 05 31 at 14.03.01 e1748672825602

Anwar tiba di Singapura hari ini bagi lawatan kerja singkat untuk menghadiri Dialog Shangri-La ke-22. – Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura hari ini bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22, sebuah platform penting dalam membincangkan isu keselamatan serantau dan global.

Anwar menerusi hantaran Facebook berkata, sepanjang lawatan tersebut, beliau turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong serta menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.

“Semoga lawatan ini membawa manfaat dan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura,”katanya ringkas hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura bagi menyertai Dialog Shangri-La ke-22.

Menerusi kenyataan Kementerian Luar sebelum ini, sebagai Pengerusi ASEAN, jemputan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan kepemimpinan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau.

Anwar dijadual menyampaikan Ucapan Khas pada Dialog Shangri-La anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS).

Pada 2024, Singapura adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan yang terbesar dalam kalangan Negara Anggota ASEAN.

Perdagangan dua hala meningkat 8.9 peratus kepada RM396.22 bilion (AS$86.69 bilion), mewakili 13.8 peratus daripada jumlah dagangan keseluruhan Malaysia.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. – https://amiminerals.org/