Anwar \’berleter\’ Manchester United kalah

WhatsApp Image 2025 05 29 at 9.01.29 AM

Anwar ketika perlawanan bola sepak antara Manchester United dan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik hantaran bersahaja yang menyentuh kekalahan kelab bola sepak terkenal, Manchester United (MU).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, beliau mengulas secara santai mengenai prestasi pasukan berkenaan.

“Aduh! Gagal lagi Man United menang piala. Pening kepala juga hangpa (MU) musim depan. Harap tak turun Championship,”tulisnya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut menyelitkan ucapan tahniah kepada pasukan ASEAN All Stars yang berjaya menewaskan MU dalam aksi persahabatan semalam.

“Tahniah ASEAN All Stars, hangpa (kamu semua) memang padu!,”ujarnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat bola sepak memberikan reaksi pelbagai terhadap kenyataan beliau, yang dilihat sebagai berseloroh namun tetap menyengat, terutama kepada penyokong tegar Red Devils.

“Kali pertama boleh buat emoji gelak kat PMX sebab MU kalah,” komen Wan Letrik.

“Pedih MU, masuk gua lagi, mujur Malaysia banyak gua,” seloroh Muhammad Nadzri.

“MU bagi je tu. Kalau betul-betul MU nak, tak muat guni jawabnya,” kata Abang Roticanai. – https://amiminerals.org/