Annuar disindir pujuk Muhyiddin jangan letak calon Bersatu di Mahkota

Annusr

Annuar (kiri) dan Mohd Puad.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyindir bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang memujuk Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak meletakkan calon Bersatu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota.

Jelas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor itu, Annuar yang sebelum ini pernah meramalkan melalui hantaran di media sosialnya sebelum ini, Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam PRK Mahkota nanti.

“Annuar Musa meramalkan BN akan menang besar di Mahkota. Apakah itu pengakuan menyerah kalah atau sindiran kepada Bersatu, “Ikut kamu le, pitih kamu.”

“Kalau boleh elok Annuar Musa pujuk Muhyiddin agar Bersatu tidak letak calon di Mahkota,”tulisnya.

Mohd Puad turut berkata, dalam PRK Sandakan pada 2019 sebelum ini, BN juga tidak meletakkan calon mereka bagi mengelakkan fitnah daripada pihak pembangkang.

“BN tidak meletak calon semasa PRK Sandakan tahun 2019. Kurang sikit cerita fitnah, janji kosong, cacian dan menghina institusi Raja.

“Lagi pun duit pembayar cukai boleh dijimatkan,”katanya. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *