Anggota polis URB cedera langgar anjing

Mohd Syafiq Anwar terlibat dalam kemalangan di Jalan Kelibang Kuah di Langkawi awal pagi tadi.

Mohd Syafiq Anwar terlibat dalam kemalangan di Jalan Kelibang, Kuah di Langkawi, awal pagi tadi.

LANGKAWI – Gara-gara mahu mengelak anjing, seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera dalam kemalangan di Jalan Kelibang, Kuah di sini  kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ketika kejadian anggota terbabit, Koperal Mohd Syafiq Anwar sedang melakukan tugas rondaan di kawasan tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila seekor anjing tiba-tiba melintas jalan dari kiri ke kanan.  Mangsa kemudian membrek dan cuba mengelak, namun berlanggar dengan anjing tersebut.

“Mangsa patah bahu kiri, sedikit pendarahan pada paru-paru dan luka di lutut. Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *