Anak maut, ibu parah kereta bertembung lori

WhatsApp Image 2024 08 13 at 20.58.35 e1723555521227

Keadaan kereta dan lori mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Kuala Selangor-Rawang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seorang murid perempuan maut manakala ibunya yang juga guru parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 12 Jalan Kuala Selangor-Rawang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika dua beranak berusia 8 dan 34 tahun dipercayai menuju pulang ke rumah mereka di sekitar daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati dua beranak yang menaiki kereta Toyota Vios dalam perjalanan ke Kuala Selangor dari Bestari Jaya.

“Pemandu wanita itu bagaimanapun dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan. Sebuah lori dipandu lelaki berusia 58 tahun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta mangsa.

“Kemalangan itu mengakibatkan tiga mangsa termasuk kanak-kanak yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd. Ambia, kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia akubat parah di kepala semasa di wad kecemasan hospital berkenaan, kira-kira pukul 5 petang.-Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *