Amaran laut bergelora, ombak setinggi 4.5 meter hingga petang ini

laut bergelora.

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, utara Samui, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi sehingga pukul 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) di bahagian timur laut yang berkelajuan 50-60 kilometer/jam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Phuket.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) turut dikeluarkan iaitu angin kencang barat melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Phuket.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE